Formula Satu Vitaly_Petrov

Caterham (2012)

2012

Petrov memandu untuk Caterham di Grand Prix Australia 2012.

Pada 17 Februari, ia telah diumumkan bahawa Petrov akan berlumba untuk Caterham F1 pada tahun 2012, dengan menggantikan pemandu Itali, Jarno Trulli, dan menjadi rakan sepasukan Heikki Kovalainen.[1] Petrov mendapat tempat ke-20 pada pusingan kelayakan di Grand Prix Australia, dan berada di tempat ke-15 ketika beliau mengalami mengalami masalah stereng dan memaksanya bersara pada pusingan ke-36.[2] Di Malaysia, Petrov mendapat tempat ke-16, di hadapan Kovalainen.

Di Grand Prix China, beliau bermula dari tempat ke-20, dan sekali lagi berjaya menamatkan perlumbaan di hadapan Kovalainen.[3] Di Grand Prix Bahrain, Petrov memulakan perlumbaan di hadapan kedua-dua kereta HRT dan Caterham, dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-16.


Di Grand Prix Sepanyol, Petrov berjaya memulakan perlumbaan di hadapan rakan sepasukannya buat kali pertama. Bagaimanapun, beliau menamatkan perlumbaan tersebut di belakang rakan sepasukannya.[4] Di Grand Prix Monaco, beliau bersara buat kali kedua selepas mengalami kegagalan elektrik.[5]

Di Grand Prix Kanada, Petrov berjaya untuk melayakkan diri ke tempat ke-19, di hadapan pemandu Toro Rosso, Jean-Éric Vergne, namun gagal melakukan sebarang kemajuan dalam perlumbaan dan menamatkan perlumbaan di tempat yang sama.[6] Di Grand Prix Eropah, Petrov mendapat tempat ke-13 selepas mengalami kemalangan bersama Daniel Ricciardo.[7]

Petrov di Grand Prix Amerika Syarikat 2012

Selepas diatasi oleh Kovalainen, Petrov berjaya menyesuaikan diri dengan keretanya dan berjaya menamatkan empat daripada lima perlumbaan terakhir musim ini di hadapan Kovalainen.

Pada perlumbaan terakhir musim di Brazil, Petrov mendapat tempat kesebelas, sekaligus mendapat keputusan terbaik Caterham. Dengan keputusan ini, Caterham menamatkan musim di tangga kesepuluh dalam Kejuaraan Pengeluar, di hadapan pesaing utama, Marussia.

2013

Petrov tidak ditandatangani oleh mana-mana pasukan untuk bertanding pada musim 2013, tetapi pengurusnya, Oksana Koschenko, mendakwa bahawa Petrov mempunyai beberapa pilihan untuk musim 2013.[8] Beliau tidak dikekalkan oleh Caterham, selepas Charles Pic dan Giedo van der Garde disahkan untuk mengantikan beliau dan Heikki Kovalainen dalam pasukan tersebut.

Rujukan

WikiPedia: Vitaly_Petrov http://www.driverdb.com/drivers/467/career/ http://www.formula1.com/news/headlines/2012/3/1312... http://www.formula1.com/news/headlines/2012/4/1323... http://www.formula1.com/news/headlines/2012/5/1334... http://www.formula1.com/news/headlines/2012/5/1339... http://www.formula1.com/news/headlines/2012/6/1344... http://www.formula1.com/news/headlines/2012/6/1349... http://rt.com/sport/motorsports/petrov-kosachenko-... http://www.vitalypetrov.ru/en http://www.bbc.co.uk/sport/0/formula1/17042953